Video vaksin Covid-19: Polis lengkapkan kertas siasatan

No Image Caption
A
A
A

SEPANG - Kertas siasatan terhadap seorang doktor perubatan awam di ibu negara, Dr Roland Victor yang disiasat polis berhubung video yang tular di media sosial berkaitan vaksin Covid-19 dalam proses untuk dilengkapkan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, keterangan doktor itu telah direkodkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang pada Khamis selepas hadir dia kira-kira jam 3 petang.

"Ia susulan satu laporan yang diterima polis dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap doktor terbabit berhubung kandungan video tersebut.

"Setakat ini keterangan yang diambil sudah lengkap. Sama ada doktor itu akan dipanggil semula atau tidak bergantung kepada siasatan dan arahan lanjut pihak timbalan pendakwa raya," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebelum itu Dr Roland tiba di IPD Sepang, pada Khamis dengan ditemani peguamnya dari firma Sudesh & Alicia.

Dr Roland berkata, siasatan polis berhubung video berdurasi 56 minit dimuat naik di Facebook rasmi kliniknya pada 7 Februari lalu berkenaan perkongsian pandangannya mengenai vaksin Covid-19.

Menurutnya, video yang dikongsi dalam Facebook itu hanya menjelaskan risiko dihadapi pengguna dan beliau hanya memberi pandangan mengenai pengambilan serta keberkesanan vaksin itu terhadap orang ramai.

Artikel Berkaitan: