Dahulu tengok kasihan, sekarang menyampah pun ada!

Pelarian Rohingya menjual semula barangan bantuan yang diberikan kepada etnik itu di sebuah pasar di Teknaf, Bangladesh. - Foto Agensi
Pelarian Rohingya menjual semula barangan bantuan yang diberikan kepada etnik itu di sebuah pasar di Teknaf, Bangladesh. - Foto Agensi
A
A
A

SEKITAR tahun 2008, Merak Jalanan terserempak dengan tiga beradik Rohingya di kawasan komersial Seksyen 7, Shah Alam.

Waktu itu, jam sudah melepasi 11 malam. Melihat si abang dan dua adik perempuannya menagih simpati menimbulkan rasa kasihan yang mendalam.

Apatah lagi, tiga beradik itu berumur bawah 12 tahun dan si abang pula cacat penglihatan. Dek kerana bimbang keselamatan mereka, Merak Jalanan menawarkan diri untuk menghantar mereka pulang ke rumah yang kononnya terletak di Klang.

Pada mulanya mereka enggan tetapi setelah dipujuk, mereka akur.

Sepanjang perjalanan, berbuih mulut Merak Jalanan meminta mereka tidak lagi keluar malam kerana bimbang menjadi sasaran golongan pedofilia.

Mereka hanya mengunci mulut dan apabila tiba di destinasi, semuanya turun tanpa mengucapkan terima kasih dan hilang ditelan kegelapan malam.

Awal 2021, Merak Jalanan terserempak lagi dengan mereka. Kali ini mereka menagih simpati di bawah terik matahari di Persiaran Jubli Perak pula.

Buat sekian kalinya, tiada lagi rasa simpati terdetik di hati Merak Jalanan. Cukup sekadar bermonolog ‘mereka selamat’.

Artikel Berkaitan:

Merak Jalanan sebenarnya bukan xenofobia tetapi masyarakat Rohingya di negara ini sememangnya tidak pernah bersyukur dan suka memanipulasi rakyat Malaysia.

Bak kata pepatah, diberi betis nak paha pula. Mereka yang sudah lama berada di negara ini terkenal dengan sikap besar kepala, kurang ajar dan pengotor.

Merak Jalanan bukan menuduh tetapi itulah realitinya.

Terdetik pula di hati Merak Jalanan, bila agaknya pelarian Rohingya di negara ini akan pulang ke negara asal atau sertai saudara mereka berkampung di pulau Bhashan Char di Teluk Bengal.