Semangat baharu skuad 15's menjelang ARC 2021

Peluang skuad 15 sepasukan (15’s) mengharungi saingan ARC pada Mei depan kembali bersinar selepas beberapa syarikat korporat nyatakan kesediaan menaja persiapan pasukan negara. - Foto KRM
Peluang skuad 15 sepasukan (15’s) mengharungi saingan ARC pada Mei depan kembali bersinar selepas beberapa syarikat korporat nyatakan kesediaan menaja persiapan pasukan negara. - Foto KRM
A
A
A

PELUANG skuad 15 sepasukan (15’s) mengharungi saingan Kejohanan Ragbi Asia (ARC) pada Mei depan kembali bersinar selepas beberapa syarikat korporat menyatakan kesediaan menaja persiapan pasukan negara.

Setiausaha Agung Kehormat KRM, Amrul Hazarin Hamidon berkata: "KRM sedang memperhalusi strategi persediaan skuad 15s. KRM telah dimaklumkan kesediaan beberapa syarikat korporat untuk menaja persediaan pasukan kebangsaan dalam menghadapi ARC.

“Dana yang bakal diperoleh masih kurang daripada apa yang diperlukan dan akan diperoleh secara berperingkat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Skuad negara yang menduduki ranking dunia ke-49 dan keenam di Asia masih bergelut mencari dana dalam melakukan persediaan terbaik menghadapi saingan itu.

Perkara itu antara dibincangkan dalam Mesyuarat Exco KRM secara dalam talian dipengerusikan Presiden KRM Datuk Shahrul Zaman Yahya pada Isnin selain mengenai penubuhan Akademi Ragbi Malaysia (ARM) dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Sebelum ini, KRM merayu sumbangan kewangan daripada mana-mana pihak termasuk syarikat bagi membolehkan skuad ragbi 15’s negara menyertai perlawanan di peringkat antarabangsa dengan sekurang-kurangnya RM2 juta diperlukan bagi mempersiapkan pasukan selama enam bulan.

Sementara itu, KRM memaklumkan ARM yang bakal ditubuhkan akan merangkumi aspek kejurulatihan, kepengadilan dan kepegawaian dalam sukan ragbi selain turut mempunyai cabang dalam memberi fokus kepada pembangunan pengadil menerusi penubuhan Sekolah Cikgu Maniam (SCM).

Mesyuarat turut bersetuju untuk memulakan Projek Ragbi Piala Dunia 2031 (Projek P31) yang melibatkan beberapa fasa dan bakal diletakkan di bawah seliaan Pengarah Pembangunan KRM.

Artikel Berkaitan:

Mengenai status pembinaan Stadium Ragbi Negara, KRM memaklumkan sebuah syarikat konglomerat berminat untuk membantu badan induk ragbi negara itu dalam menambah baik prasarana dan penyelenggaraan diperlukan di stadium tersebut.