X

Kindly register in order to view this article
!

Delegasi FAM kunjung hormat Perdana Menteri

Hamidin (kanan) menyerahkan cenderamata berupa jersi Harimau Malaya kepada Muhyiddin ketika pertemuan di Putrajaya pada Khamis. - Foto FB FAM
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi berkongsi agenda terkini dalam merencanakan hala tuju industri bola sepak tempatan.

Delegasi yang diketuai oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin itu turut membincangkan inisiatif keperluan vaksin bagi memudahkan bola sepak tempatan meneruskan saingan Liga M musim ini di sebalik kebimbangan terhadap jumlah kes positif Covid-19.

"Kami membentangkan dengan lebih terperinci mengenai status terkini pasukan kebangsaan serta kalendar perlawanan Harimau Malaya untuk 2021.

"Dalam pada itu, kami turut membentangkan mengenai status Liga Malaysia berlandaskan prosedur operasi standard (SOP) susulan pandemik Covid-19.

"Kami juga berkongsi maklumat terkini mengenai status dan jadual skuad kebangsaan serta persiapan menghadapi Liga Malaysia bermula Mac ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Hamidin turut memaklumkan mengenai perkembangan terkini projek pembinaan ibu pejabat baharu FAM dan Pusat Latihan Kebangsaan (NTC) di Putrajaya.

"Turut dibincangkan kaedah menangani cabaran buat pengendali kemudahan sukan bola sepak dan futsal juga akademi bola sepak yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Saya turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin atas kesudian Perdana Menteri meluangkan masa membincangkan beberapa agenda penting dalam menentukan masa depan bola sepak negara di tengah-tengah penularan wabak Covid-19," katanya.

Dalam masa sama, Muhyiddin turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Hamidin selepas dilaporkan media tempatan kemenangan tanpa bertanding dalam mengekalkan kerusi selaku Presiden FAM untuk penggal 2021-2025.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!