Sila log masuk terlebih dahulu.

Darurat: Mahkamah Tinggi benarkan PPMM jadi pencelah

Zainul Rijal Abu Bakar
Zainul Rijal Abu Bakar
A
A
A

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menjadi pencelah berhubung penentuan mahkamah sama ada Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa menolak nasihat Perdana Menteri dalam isu darurat.

Presidennya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, kes tersebut difailkan oleh peguam Syed Iskandar Syed Jaafar pada November tahun lalu dengan menamakan kerajaan sebagai defendan.

Justeru, beliau melahirkan rasa syukur dengan kelulusan permohonan tersebut.

"Alhamdulillah hari ini permohonan PPMM untuk mencelah di dalam kes yang difailkan oleh peguam Syed Iskandar Syed Jaafar yang menuntut penentuan mahkamah sama ada Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa menolak nasihat Perdana menteri dalam isu darurat telah dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi.

"Datuk Seri Mariana Yahya pagi ini (Khamis) memerintahkan PPMM melalui Setiausaha Agungnya, Ridha Abdah Subri dinamakan sebagai defendan kedua di dalam guaman tersebut.

"Terima kasih kepada Peguam Cara PPMM, Tetuan Amelda Fuad Abi & Aidil khususnya kepada Aidil Khalid kerana mewakili PPMM," katanya menerusi perkongsian di Facebook pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Peguam saman kerajaan berhubung darurat

Pada November lalu, media melaporkan PPMM mengemukakan permohonan untuk menjadi pencelah dalam kes saman difailkan peguam Syed Iskandar Syed Jaafar berhubung keputusan Yang di-Pertuan Agong kerana tidak mengisytiharkan darurat.

Artikel Berkaitan:

Zainul Rijal berkata, permohonan itu dibuat kerana ia membabitkan isu Perlembagaan yang secara langsung berkait dengan kedudukan Raja-raja Melayu.

Beliau berkata, PPMM yang memperjuangkan keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, mempunyai kepentingan atau locus untuk mencelah khususnya dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan Raja-raja Melayu dan Islam.

Alhamdulillah hari ini Permohonan Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) untuk mencelah di dalam kes yang...

Posted by Zainul Rijal Abu Bakar on Wednesday, February 17, 2021