KPT lancar tiga inisiatif tangani isu pelajar luar kampus

KPT akan melancarkan tiga inisiatif bagi menangani isu berkaitan pelajar luar kampus dalam masa terdekat bagi memastikan kebajikan mereka terjaga. - Foto Bernama
KPT akan melancarkan tiga inisiatif bagi menangani isu berkaitan pelajar luar kampus dalam masa terdekat bagi memastikan kebajikan mereka terjaga. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan melancarkan tiga inisiatif bagi menangani isu berkaitan pelajar luar kampus dalam masa terdekat bagi memastikan kebajikan mereka terjaga.

Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, inisiatif berkenaan ialah penubuhan unit pengurusan luar kampus di setiap universiti awam, menyediakan garis panduan pengurusan pelajar luar kampus dan membangunkan portal rumah sewa.

“Sebentar tadi saya telah dihubungi oleh YDP Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Muhammad Hannan Mohd Haniff.

“Beliau telah membangkitkan beberapa isu berkaitan pelajar termasuk isu rumah sewa dan wujud salah faham antara pihak universiti serta pelajar," katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya pada Khamis.

Tambahnya, beliau telah meminta USIM mengeluarkan notis penjelasan dan memberi penerangan kepada pelajar supaya kekeliruan yang timbul dapat dirungkai dengan segera.

Sebentar tadi saya telah dihubungi oleh YDP Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)...

Posted by Dato' Dr. Noraini Ahmad on Thursday, February 18, 2021

Artikel Berkaitan: