Lelaki cedera ditetak

Polis memburu tiga penjenayah bersenjatakan parang dalam kejadian samun di Pelabuhan Klang, pada Isnin.
Polis memburu tiga penjenayah bersenjatakan parang dalam kejadian samun di Pelabuhan Klang, pada Isnin.
A
A
A

KLANG - Seorang lelaki cedera ditetak sekumpulan penjenayah bersenjatakan parang di sebuah kawasan perumahan di Jalan Tengku Badar, Pelabuhan Klang, di sini pada Isnin.

Ketika kejadian kira-kira jam 9.10 malam itu mangsa berada di rumah bersama isteri, mentua dan seorang saudaranya yang berkerusi roda.

Mereka tiba-tiba didatangi tiga lelaki menaiki kereta Perodua Myvi dan bersenjatakan parang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pemandu kereta memberhentikan kenderaan di hadapan rumah mangsa sebelum bertindak menetak bahagian tangan kiri, kaki kiri dan kanan dan merampas rantai leher emas milik mangsa.

Menurutnya, saudara mangsa yang berkerusi roda juga nyaris menjadi mangsa.

Seorang lelaki berkerusi roda nyaris menjadi mangsa samun sekumpulan lelaki bersenjatakan parang di Pelabuhan Klang, pada Isnin.
Seorang lelaki berkerusi roda nyaris menjadi mangsa samun sekumpulan lelaki bersenjatakan parang di Pelabuhan Klang, pada Isnin.

"Pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek pertama memakai baju berwarna hitam dan ketinggian 170 sentimeter (cm) manakala suspek kedua memakai baju berwarna merah dan suspek ketiga memakai baju berwarna putih, berbadan besar dan gemuk," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata, polis kini sedang memburu kesemua suspek itu.

Artikel Berkaitan:

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Asisten Superintendan Zamrus Zakaria di talian 019-689 2777 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut 394 kanun Keseksaan kerana menyamun mendatangkan cedera," katanya.