Vaksin: KKM sedia unit bergerak

PICK akan bermula 26 Februari ini selepas negara dijadual menerima bekalan vaksin pertama daripada Pfizer-BioNTech Ahad ini.
PICK akan bermula 26 Februari ini selepas negara dijadual menerima bekalan vaksin pertama daripada Pfizer-BioNTech Ahad ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Penyediaan unit bergerak (mobile unit) merupakan salah satu strategi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang akan bermula minggu depan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, menerusi pejabat kesihatan daerah (PKD), unit berkenaan akan mengunjungi golongan sasar seperti orang asli dan individu terlantar bagi memberi suntikan vaksin.

"KKM tak harapkan mereka untuk hadir mengambil suntikan vaksin tetapi PKD akan ke lokasi golongan tersebut," katanya dalam Sesi Libat Urus Media Darurat Covid-19 pada Khamis.

Menurutnya, bagi memastikan golongan tersebut tidak terpinggir, kerjasama antara pemimpin tempatan seperti ketua kampung dan badan bukan kerajaan (NGO) sangat diperlukan.

"Apa yang penting adalah pendaftaran. Buat pendaftaran dengan KKM sebelum PKD hadir memberi vaksin," katanya.

Beliau berkata, bagi memudahkan orang ramai mendapatkan suntikan vaksin, Jabatan Kesihatan Negeri akan menyenaraikan klinik kesihatan yang menjadi pusat PICK.

"Pagi tadi (Khamis) telah berlangsung mesyuarat dengan setiap Pengarah Kesihatan Negeri dan KKM telah arahkan mereka untuk mengenalpasti klinik kesihatan yang akan digunakan dalam program pelalian itu," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, hanya 600 klinik kesihatan dijangka akan digerakkan bagi tujuan itu.

Artikel Berkaitan:

"Bukan semua klinik kesihatan, mungkin sekitar 600 buah di seluruh negara," katanya.

Sesi libat urus kali ketiga itu turut disertai oleh Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal (ICT), Dr P Kalaiarasu, Ketua Sektor (Pakar Perubatan Kesihatan Awam) Bahagian Kawalan Penyakit, Dr Zailani dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Dr Hishamshah Mohd Ibrahim yang bertindak sebagai moderator.

PICK akan bermula 26 Februari ini selepas negara dijadual menerima bekalan vaksin pertama daripada Pfizer-BioNTech Ahad ini.