Zuraida sertai mahkamah lawat lokasi insiden

Zuraida ketika di perkarangan mahkamah hari ini.
Zuraida ketika di perkarangan mahkamah hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin akan turut menyertai Mahkamah Koroner lawatan mahkamah ke Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25.

Zuraida tiba jam 10 pagi di perkarangan Kompleks Mahkamah Shah Alam bersama Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) Selangor, Azmi Osman.

Selain pihak-pihak berkepentingan, Hakim Rofiah Mohamad yang bersidang sebagai Koroner turut akan menyertai lawatan itu untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai lokasi kejadian.

Selain kuil, mereka dijangka akan melawat Fire Rescue Tender (FRT) dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang terlibat dalam insiden rusuhan tersebut.

Insiden rusuhan itu tercetus sehingga menyebabkan Muhammad Adib Mohd Kassim cedera parah dan menghembuskan nafas terakhirnya selepas tiga minggu dirawat di Institut Jantung Negara.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: