X

Kindly register in order to view this article
!

18,000 petugas KKM di Johor terima vaksin

Hasni (tengah) dan Vidyananthan (kanan) diberikan penerangan berkenaan operasi PKRC di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Pasir Gudang pada Khamis.
A
A

PASIR GUDANG - Pemberian vaksin di negeri ini akan melibatkan tiga fasa dengan pertama melibatkan 18,000 petugas barisan hadapan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad memberitahu, fasa pertama tersebut akan turut melibatkan petugas barisan hadapan tetapi bukan daripada kakitangan KKM.

"Pemberian vaksin ini dilakukan menerusi pelan imunisasi yang dijadualkan diberikan pada hujung bulan ini atau bulan depan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas meninjau Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang, di sini pada Khamis.

Hadir sama, Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan; Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Datuk Dr Aman Rabu dan Komander Operasi PKRC Johor, Mohd Fathi Zaki Mohd Zakaria.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa memberitahu, vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech akan tiba di negara ini pada Ahad, sementara pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan mula dilancarkan secara berfasa pada 26 Februari.

Muhyiddin akan menerima suntikan vaksin itu pada hari pertama pelaksanaan program berkenaan bersama-sama petugas barisan hadapan.

Hasni berkata, ketika ini persediaan sudah dilakukan di semua pengurusan jawatankuasa bencana setiap daerah terutama mengenal pasti dewan orang ramai atau dewan serbaguna untuk dijadikan tempat pemberian vaksin.

Beliau percaya jumlah tenaga kerja untuk pemberian vaksin tersebut di seluruh negeri adalah mencukupi.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!