Hari kedua inkues Adib bermula dengan lawatan ke lokasi

ADIB
A
A

SHAH ALAM - Prosiding hari kedua Inkues Kematian Muhammad Adib Mohd Kassim bermula dengan lawatan mahkamah ke Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, pagi ini.

Pihak-pihak berkepentingan dijangka akan ke lokasi jam 10.30 pagi.

Mereka dijangka akan meluangkan masa sejam sebelum saksi kedua, Md Elliza Mohd Noor yang merupakan pemandu Fire Rescue Tender (FRT) dan Pegawai Perubatan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), Ahmad Shahril Azman menyambung keterangan hari ini.

Sinar Harian akan turut membuat liputan secara langsung di lokasi terus kepada pembaca.

ARTIKEL BERKAITAN: Inkues Adib: Masih berkomunikasi dengan Allahyarham

ARTIKEL BERKAITAN: Inkues Adib: Mahkamah akan melawat lokasi kuil