2,712 kes baharu Covid-19, rekod tertinggi 25 kematian

Kes baharu positif Covid-19 di negara ini dalam tempoh 24 jam lalu dicatatkan sebanyak 2,712 kes, selain merekodkan 25 kematian baharu.
Kes baharu positif Covid-19 di negara ini dalam tempoh 24 jam lalu dicatatkan sebanyak 2,712 kes, selain merekodkan 25 kematian baharu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Malaysia merekodkan 25 kematian harian akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, angka tertinggi sejak penularan jangkitan itu dikesan di negara ini awal Januari tahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes kematian itu menjadi jumlah kumulatif kes kini sebanyak 1,030 kes.

Dalam pada itu, katanya, kes baharu mencatatkan sedikit penurunan iaitu 2,712 kes berbanding 2,998 kes pada Rabu, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini sebanyak 274,875 kes.

Menurutnya, daripada jumlah kes baharu itu, empat adalah kes import manakala 2,708 kes adalah penularan tempatan. Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 38,763,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan semasa wabak itu, di sini pada Khamis.

Dr Noor Hisham memaklumkan, sehingga jam 12 tengah hari, sebanyak 5,320 kes sembuh dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 235,082 kes atau 85.5 peratus.

Memperinci lebih lanjut, katanya, terdapat 227 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 103 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham berkata, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,013 kes diikuti Johor (426 kes) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 212 kes.

Sarawak mencatat 200 kes, Perak (198 kes), Kedah (182 kes), Pulau Pinang (116 kes), Sabah (114 kes), Negeri Sembilan (81 kes), Pahang (52 kes), Kelantan (43 kes), Melaka (38 kes), Terengganu (19 kes), Putrajaya (7 kes), Perlis (6 kes) dan Labuan (5 kes). - Bernama

Artikel Berkaitan: