X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki tidak mengaku salah rogol anak tiri

Lelaki itu didakwa merogol anak tirinya di dalam kereta di tepi Jalan Bagan Jermal di sini kira-kira jam 6.30 petang.
A
A

BUTTERWORTH - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pada Khamis terhadap pertuduhan merogol anak tirinya yang berusia 15 tahun pada 4 Februari lalu.

Tertuduh yang berusia 43 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Noor Aini Yusof.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki yang bekerja sendiri itu didakwa merogol anak tirinya di dalam kereta di tepi Jalan Bagan Jermal di sini kira-kira jam 6.30 petang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Ketika prosiding, tertuduh memberitahu bahawa dia mempunyai masalah kesihatan iaitu pada paru-paru dan buah pinggang.

Tiada ikat jamin dibenarkan terhadap tertuduh dan mahkamah menetapkan sebutan kes pada 18 Mac depan untuk laporan perubatan serta DNA.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Syeqal Che Murat manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!