MDKS sita alat niaga penjaja makanan

Antara baran yang disita MDKS dalam operasi pada Isnin di Kuala Selangor, Selangor.
Antara baran yang disita MDKS dalam operasi pada Isnin di Kuala Selangor, Selangor.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) menyita peralatan niaga seorang penjaja makanan di depan sebuah pasar raya di sini pada Isnin.

Pengarah Jabatan Penguat kuasanya, Mohamad Lutfi Mislahhudin berkata, antara barang yang tempat ruang niaga, dua meja lipat dan enam kerusi.

Menurutnya, operasi sekitar jam 3 petang itu membabitkan lima anggota penguat kuasa MDKS.

“Penguat kuasa MDKS telah mengeluarkan notis kepada penjaja untuk tidak meninggalkan peralatan selepas tamat waktu perniagaan dan notis tersebut telah tamat tempoh pada 25 Januari lalu,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Khamis.

Katanya, tindakan sitaan boleh dikenakan kepada peniaga jika didapati tidak mematuhi syarat ditetapkan di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil Penjaja MDKS 2007.

Artikel Berkaitan: