Kampung Hilir, Sri Aman diisytihar kawasan baharu Rabies

JBPN Sarawak pada Khamis mengisytiharkan kawasan Kampung Hilir, Sri Aman sebagai kawasan terbaharu wabak anjing gila atau Rabies.
JBPN Sarawak pada Khamis mengisytiharkan kawasan Kampung Hilir, Sri Aman sebagai kawasan terbaharu wabak anjing gila atau Rabies.
A
A
A

KUCHING - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak pada Khamis mengisytiharkan kawasan Kampung Hilir, Sri Aman sebagai kawasan terbaharu wabak anjing gila atau Rabies.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi JPBN, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, memandangkan kawasan itu berada di luar 10 kilometer kawasan radius yang diisytiharkan wabak Rabies sebelum ini, maka ia menjadi kawasan wabak ke-67.

“Setakat ini, kawasan yang telah disytiharkan sebagai kawasan wabak rabies adalah Kuching (tujuh), Sibu (dua), Miri (enam), Sarikei (lima), Kapit (satu), Bintulu (empat), Samarahan (empat), Betong (tiga), Serian (22), Mukah (enam), Limbang (satu) dan Sri Aman (6),” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Uggah berkata, susulan itu pemilik anjing perlu memastikan haiwan peliharaan mereka itu disuntik dengan vaksin anti rabies, setiap tahun.

Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan mereka disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 40, Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999. - Bernama

Artikel Berkaitan: