10 tong bahan kimia bocor

10 tong dipercayai bocor dan mengalami tumpahan bahan kimia.
10 tong dipercayai bocor dan mengalami tumpahan bahan kimia.
A
A
A

SEMENYIH – Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesan 10 daripada 50 tong dipercayai mengalami kebocoran dan menyebabkan tumpahan bahan kimia di luar sebuah kilang, di Kampung Sungai Lalang, di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Norizham Mohd Nudin berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.15 malam.

“Sepasukan 12 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih bergegas ke lokasi kejadian.

“Kita mendapati ada tumpahan bahan kimia ‘ethylene chloride’, seramai lapan anggota dari Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) Shah Alam turut membantu dalam operasi tersebut,” katanya.

Norizham berkata, pihaknya membuat pengungsian setempat dan tindakan pasukan Hazmat adalah bagi memastikan keadaan terkawal, setelah memastikan tiada bahaya lain.

“Kita telah membuat laporan kepada Jabatan Alam Sekitar untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Artikel Berkaitan: