Mahkamah benarkan audio 'can I advise you something'

Rosmah (dua, kanan) ketika hadir di mahkamah hari ini. Foto Bernama.
Rosmah (dua, kanan) ketika hadir di mahkamah hari ini. Foto Bernama.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis membenarkan audio perbualan 'can I advise you something' dimasukkan sebagai bukti dalam perbicaraan bela diri kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor, Jun depan.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan berkata, kesimpulan bahawa rakaman audio dan transkripsinya boleh diterima sebagai bukti.

“Saya tidak boleh menerima hujahan pasukan pembelaan bahawa mahkamah adalah ‘functus officio’ (mahkamah telah menjatuhkan hukuman, oleh itu tidak boleh tukar semula di mahkamah yang sama).

“Mahkamah hanya akan berfungsi secara sempurna setelah selesai menjalankan tugasnya,” katanya sebelum membaca keputusan kes rasuah yang dihadapi Rosmah.

Mohamed Zaini berkata, mahkamah hanya boleh dianggap sebagai ‘functus officio’ setelah selesai perbicaraan secara rasmi yang mana dalam konteks ketika itu perbicaraan belum selesai.

Pada 11 Disember 2020 lalu, pasukan pendakwaan memohon untuk memasukkan rakaman audio dan transkrip itu, namun ia ditolak oleh mahkamah.

Mereka kemudiannya membuat permohonan agar keputusan itu dikaji semula dengan mengambil kira Seksyen 41A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Seksyen itu katanya, membolehkan pihak pendakwaan mengemukakan apa sahaja dokumen atau bahan bukti daripada SPRM semasa perbicaraan.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun ia mendapat bantahan daripada pihak pembelaan yang berpendapat bahawa ia adalah ‘functus officio’.

Mereka juga berpendapat ia adalah ‘res judicata’ iaitu suatu perkara yang telah diselesaikan di mahkamah, tidak boleh dibangkitkan lagi.

Pada 8 Januari 2020, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) telah memainkan beberapa set rakaman audio perbualan yang dikatakan suara mirip Datuk Seri Najib Tun Razak dan lain-lain.

Ia disifatkan oleh bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Latheefa Koya sebagai kebocoran maklumat daripada Jabatan Peguam Negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Rosmah pilih beri keterangan dari kandang saksi

Rakaman audio: Polis akan panggil Latheefa Koya