X

Kindly register in order to view this article
!

Yakin City juarai EPL

Penyerang Everton, Richarlison (kiri), berjaya melepasi kawalan pertahanan City pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Khamis. Gambar kecil: Ancelotti
A
A

PENGENDALI Everton, Carlo Ancelotti yakin kekalahan 1-3 kepada Manchester City pada awal pagi Khamis, memberikan petanda skuad kendalian Pep Guardiola itu bakal muncul juara Liga Perdana Inggeris (EPL), musim ini.

Menurut Ancelotti, beliau berani membuat tanggapan berkenaan setelah menyaksikan The Toffees tewas mudah kepada The Citizens pada perlawanan berkenaan.

“Saya fikir City akan muncul juara EPL kali ini, ya, saya fikir begitu. Sebenarnya bukan sukar untuk saya sebutkan nama pasukan lain yang turut berpeluang muncul juara.

“Kerana di ketika ini pasukan berkenaan berada dalam mood yang baik, selaras dengan kualiti, pasukan itu juga pasukan yang kuat dan kita memang berdepan sukar apabila berjumpa mereka,” katanya.

Kekalahan itu menyaksikan Everton berada pada kedudukan ketujuh EPL apabila hanya mengumpul 37 mata.

Sementara itu Acelotti melabel benteng kesebelasan City sebagai kesebelasan terbaik yang beraksi dalam saingan EPL musim ini.

Justeru katanya, skuad kendaliannya nyata dilihat tidak banyak melakukan gerakan serangan ke pintu gol lawan dalam usaha mencipta jaringan.

“Bagi tempoh sejam kami mengawal bola dengan baik dan sudah semestinya melibatkan benteng pertahanan pasukan.

“Tetapi apabila City berjaya menjaringkan gol kedua, saya tahu ia memang agak mustahil untuk bangkit.

“Kita juga tidak menyesali kekalahan ini kerana dalam keadaan sekarang, pasukan-pasukan mana pun akan mengalami kekalahan kepada City,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!