Jasa enam wira disanjung

Mohammad Asadullah
A
A

KUALA TERENGGANU - Pengorbanan enam individu yang menyabung nyawa demi menyelamatkan lima mangsa pacuan empat roda terjunam ke sungai, Jumaat lalu mendapat penghargaan.

Selain Allahyarham Abdul Bari Asyraf Mohd, lima lagi individu terbabit ialah Mohammad Asadullah Jamaluddin, 28, Saiful Anuar Mohd, 37, Mohd Amiro Hafizol Zukafli, 29, Omar Abdul Aziz Othman, 27, dan Shahrul Mizan Harun, 34.

Kesemua mereka bakal menerima penghargaan yang akan diberikan kerajaan negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu dan Polis Diraja Malaysia (PDM).

Mohd Amiro
Mohd Amiro

Pengarah JBPM Terengganu, Azlimin Mat Noor berkata, penyampaian sijil itu akan diadakan di perkarangan JBPM Terengganu pada Mac.

Manakala, tarikh bagi penghargaan yang akan disampaikan oleh kerajaan negeri dan PDRM masih belum diputuskan.

Mengimbas detik cemas menyelamat mangsa, Mohammad Asadullah dari Kg Tok Jiring berkata, ketika usaha menyelamat, dia tidak berfikir panjang dan hanya memikirkan faktor keselamatan mangsa.

Shahrul
Shahrul

"Mula-mula memang takut nak terjun, tetapi bila nampak mangsa berpaut pada tong, saya terus terjun untuk capai mereka supaya tidak hanyut.

"Saya berasa lega dan amat bersyukur kerana usaha menyelamat kesemua mangsa di dalam kenderaan itu berjaya.

"Namun, tak dinafikan, saya berasa sedih kerana seorang penyelamat telah terkorban," katanya.

Saiful
Saiful

Jumaat lalu, Abdul Bari Asyraf, hilang selepas menyelamat lima penumpang Mitsubishi Storm yang terjunam ke dalam Sungai Terengganu, di Pulau Warisan.

Mayat Allahyarham ditemui jam 7.24 pagi di sekitar muka kuala tanjung, pada jarak 2.5 km daripada lokasi dipercayai lemas.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia