PKP di Terminal Feri Antarabangsa Labuan

No Image Caption
A
A
A

Anggota polis memeriksa dokumen perjalanan para penumpang feri kenderaan yang tiba dari Menumbok, Sabah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di Terminal Feri Antarabangsa Labuan hari ini.

Bermula pada 19 Februari ini, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan berkuatkuasa di beberapa negeri termasuk Wilayah Persekutuan Labuan sehingga 4 Mac 2021. Namun larangan pergerakan rentas negeri dan daerah kekal meskipun berlaku pertukaran status PKP.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata walaupun sebahagian besar negeri dikenakan PKPB dan PKP Pemulihan (PKPP) namun pergerakan hanya dibenarkan di dalam daerah dan tidak boleh merentas antara daerah atau ke negeri lain. - Foto Bernama

Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan