X

Kindly register in order to view this article
!

Sampel ujian Covid-19 guna air liur: Dr Adham

Dr Adham Baba
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Persampelan ujian Covid-19 menggunakan air liur akan dilaksanakan di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam masa terdekat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, kaedah persampelan menggunakan air liur adalah selamat.

"Ia juga tidak invasif berbanding persampelan dengan kaedah nasopharyngealdan oropharyngeal swab, sekali gus mempercepatkan dan

meningkatkan saringan Covid-19," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, kaedah ini juga bersifat 'self collected' dan akan menjimatkan pemakaian penggunaan peralatan pelindungan diri (PPE).

"Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah menjalankan penilaian bagi kaedah persampelan menggunakan air liur ini dan ia didapati sesuai bagi ujian real-time reverse transcriptase (RT-PCR)," katanya.

Beliau berkata, IMR sedang melengkapkan kajian penggunaan sampel air liur untuk ujian RTK antigen (RTk-Ag).

"Persampelan menggunakan air liur ini akan diperkembangkan ke fasiliti kesihatan yang lain," katanya.

Dr Adham berkata, persampelan menggunakan air liur telah dijalankan di beberapa negara.

"Selain kosnya lebih murah dan ia salah satu kaedah mengumpul sampel paling konsisten," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!