Lelaki Indonesia dakwa bunuh, minum darah Aceh ditahan

Rakaman video yang dikesan menunjukkan suspek yang mendakwa membunuh beberapa lelaki warga Indonesia berbangsa Aceh dipukul sekumpulan lelaki, pada Rabu.
Rakaman video yang dikesan menunjukkan suspek yang mendakwa membunuh beberapa lelaki warga Indonesia berbangsa Aceh dipukul sekumpulan lelaki, pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang lelaki yang memuat naik kenyataan menerusi rakaman video mendakwa telah membunuh beberapa lelaki warga Indonesia berbangsa Aceh dan meminum darah mereka telah diberkas polis di Tanjung Sepat, Selangor pada Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, lelaki berusia 31 tahun itu diberkas susulan rakaman video yang dikesan pada Isnin melalui aplikasi WhatsApp.

Menurutnya, pada keesokannya, satu lagi rakaman dikesan menunjukkan suspek dipukul beberapa lelaki yang marah dengan kenyataan tersebut.

"Polis turut menerima satu laporan daripada orang awam yang mendakwa melihat satu kejadian merusuh di Taman Selat Damai Pandamaran, Klang melibatkan beberapa lelaki disyaki warga Indonesia.

"Bertindak hasil maklumat, pada hari yang sama sepasukan anggota JSJ Selangor telah menahan seorang warga Indonesia berusia lingkungan 30-an yang terlibat dalam rusuhan itu," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, polis turut menahan seorang lelaki warga Indonesia kira-kira jam 5.30 petang di Tanjung Sepat, Selangor pada Rabu yang dikatakan individu bertanggungjawab merakam pembunuhan dan meminum darah mangsa.

"Siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 147 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: