DBKL sumbang bakul makanan hargai pejuang veteran

Mahadi (kemeja batik biru) menyerahkan bantuan kepada 300 pejuang veteran secara pandu lalu di pekarangan Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, pada Khamis.
Mahadi (kemeja batik biru) menyerahkan bantuan kepada 300 pejuang veteran secara pandu lalu di pekarangan Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebagai menghargai jasa pejuang negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menghulurkan sumbangan bakul makanan kepada 300 orang veteran Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di pekarangan Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, di sini pada Khamis.

Unit Media DBKL menerusi satu kenyataan memaklumkan, sumbangan berupa barangan dapur bernilai RM100 itu disampaikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah secara pandu lalu.

Menurut kenyataan itu, DBKL terpanggil menghulurkan sumbangan untuk meringankan beban harian mereka kerana menyedari golongan tersebut terjejas akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara.

“Jika dibandingkan sumbangan besar mereka ketika berkhidmat untuk negara, sumbangan ini bagaikan tidak tertanding.

“Namun atas dasar prihatin dan bagi mengenang jasa mereka adalah diharap sumbangan ini dapat memastikan bahawa mereka masih di hati kita semua," katanya.

Dalam pada itu, sumbangan turut dijayakan oleh Yayasan Wilayah Persekutuan dan KK Super Mart.

Artikel Berkaitan: