Fahmi simpati nasib mangsa kebakaran kenderaan PPR Pantai Ria

Fahmi menyampaikan sumbangan zakat kepada salah seorang mangsa kes kebakaran kenderaan di PPR Pantai Ria, Jalan Pantai Dalam di sini pada Rabu.
Fahmi menyampaikan sumbangan zakat kepada salah seorang mangsa kes kebakaran kenderaan di PPR Pantai Ria, Jalan Pantai Dalam di sini pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - "Saya sedih apabila mendengar berita beberapa keluarga kehilangan kereta yang baharu sahaja mereka terima," luah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Mohamed Fadzil.

Rasa tersebut diluahkan ketika beliau melawat keluarga mangsa kebakaran kenderaan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Jalan Pantai Dalam, di sini pada Rabu.

Fahmi menerusi satu hantaran di Facebook miliknya memaklumkan, beliau menyantuni keluarga mangsa selepas waktu Asar untuk memberi sumbangan zakat serta mengingatkan beberapa prosedur berkaitan tuntutan insurans setelah mengetahui berita kebakaran tersebut pada tengah hari itu.

"Ada seorang penduduk cedera di tapak kaki apabila dia cuba mengalihkan kereta tetapi tidak berjaya. Syukur beliau menerima rawatan segera di Hospital Kuala Lumpur dan telah kembali ke rumah.

"Saya mendoakan agar keluarga terlibat dikurniakan kesabaran dalam menghadapi musibah ini. Semoga mempermudahkan segala urusan mereka selepas ini," katanya pada Rabu.

Pada Rabu sebanyak tujuh buah kenderaan dilaporkan terbakar di parkir PPR Pantai Ria, Jalan Pantai Dalam di sini dipercayai angkara khianat dengan api.

[Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/124368/BERITA/Semasa/Enam-kenderaan-di-parkir-PPR-Pantai-Ria-terbakar]

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung perkara itu dan menjumpai satu botol berbau petrol serta kesan simbahan petrol dalam kes terbabit pada 12.45 tengah hari.

"Kita telah pergi ke lokasi kejadian dan hasil pemeriksaan mendapati sebanyak tujuh kenderaan pelbagai jenama terbakar.

Artikel Berkaitan:

"Pihak Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat menjumpai satu botol berbau petrol dan kesan simbahan petrol di hadapan sebuah kereta Perodua Myvi berwarna hitam dan sebuah van berwarna merah yang disyaki menjadi punca tercetusnya kebakaran," katanya.