Tendang pintu sebab tidak dapat solat dalam surau

Polis
Polis
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan kes seorang individu yang bertindak menendang pintu utama sebuah surau di sini bukan melibatkan kes jenayah.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, siasatan awal mendapati lelaki tersebut bertindak demikian kerana tidak dibenarkan menunaikan solat di bahagian dalam surau.

"Polis menerima laporan berkaitan kes pecah pintu sebuah surau di Bandar Dato’ Senu di sini kira-kira jam 3.28 petang Jumaat.

"Lelaki ini tidak berpuas hati apabila dia diminta untuk menunaikan solat di bahagian luar surau oleh ahli jawatankuasa surau terbabit," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Katanya, polis kemudiannya telah membawa lelaki tersebut ke Balai Polis Sentul untuk siasatan lanjut.

"Hasil perbincangan kedua-dua belah pihak, mereka bersetuju untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan cara menggantikan kerosakan yang berlaku.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat diminta untuk menyalurkannya dengan cara menghubungi Hotline Polis Sentul 03-4048 2222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran," katanya.

Artikel Berkaitan: