Ketua sami songlap barang kemas bernilai lebih RM6.1 juta

Kandasamy Senapathi, 37, dikenakan lima tuduhan pecah amanah sebagai seorang pekerja dan lima dakwaan di bawah Akta Rasuah, Penyeludupan Dadah dan Jenayah Berat Lain. - Agensi
Kandasamy Senapathi, 37, dikenakan lima tuduhan pecah amanah sebagai seorang pekerja dan lima dakwaan di bawah Akta Rasuah, Penyeludupan Dadah dan Jenayah Berat Lain. - Agensi
A
A
A

SINGAPURA - Ketua sami kuil Hindu tertua di Singapura, Kuil Sri Mariamman didakwa di mahkamah pada Selasa atas dakwaan jenayah pecah amanah berhubung barang kemas yang digunakan untuk upacara keagamaan.

Kandasamy Senapathi, 37, dikenakan lima tuduhan pecah amanah sebagai seorang pekerja dan lima dakwaan di bawah Akta Rasuah, Penyeludupan Dadah dan Jenayah Berat Lain.

Kandasamy dituduh mengambil perhiasan emas upacara daripada kuil itu dan menggadaikannya berulang kali antara tahun 2016 dengan 2020 dan meraih wang tunai dalam jumlah yang besar.

Pihak pendakwa memberitahu mahkamah, nilai gadaian barang kemas itu berjumlah lebih S$2 juta (RM6.1 juta).

Kandasamy yang merupakan warga India akan dihadapkan semula ke mahkamah bulan depan.

Jika sabit kesalahan, dia berdepan hukuman sehingga 15 tahun penjara dan denda sehingga S$500,000 (RM1.5 juta) atau kedua-duanya sekali. - Agensi

Artikel Berkaitan: