Gambar usung keranda melepasi penghadang jalan tular semula

Gambar beberapa orang mengusung sebuah keranda melepasi batu penghadang jalan yang didirikan di kilometer 20, Jalan Rawang – Sungai Choh di sini tular sekali lagi.
Gambar beberapa orang mengusung sebuah keranda melepasi batu penghadang jalan yang didirikan di kilometer 20, Jalan Rawang – Sungai Choh di sini tular sekali lagi.
A
A
A

GOMBAK - Gambar beberapa orang mengusung sebuah keranda melepasi batu penghadang jalan yang didirikan di kilometer 20, Jalan Rawang – Sungai Choh di sini tular sekali lagi pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, sebelum ini gambar tersebut pernah tular pada 30 Januari dan 3 Februari lalu yang dimuatnaik dan dikongsi melalui media sosial.

"Batu penghadang tersebut dipasang pada 13 Januari lalu di sempadan daerah Gombak dan Hulu Selangor apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan.

"Ia bertujuan menyekat pergerakan rentas daerah di kawasan tersebut dan salah satu inisiatif memutuskan rantaian jangkitan Covid 19," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Arifai berkata, pengguna jalan raya telah dimaklumkan jalan alternatif iaitu Rawang bypass.

"Semasa PKP 1.0 Batu penghadang yang sama juga pernah didirikan di lokasi tersebut dan telah dibuka semula apabila Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dilaksanakan," katanya.

Beliau meminta orang ramai bekerjasama dan bersabar sedikit dalam situasi sukar ini.

"Batu penghadang tersebut akan dibuka apabila pergerakan rentas daerah dibenarkan," katanya.

Artikel Berkaitan: