Muhyiddin perlu buang sikap pilih 'penasihat' politik

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu membuang sikap memilih 'penasihat politik' bagi membantu dirinya berdepan dengan darurat besar dalam negara ketika ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sikap tersebut perlu dibuang Ahli Parlimen Pagoh itu sekiranya ingin kekal dengan jawatan yang dipegangnya ketika ini.

Beliau berkata, Muhyiddin sepatutnya melantik pakar dan penasihat dalam bidang berkaitan seperti yang dilakukan Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak ketika berdepan darurat sebelum ini.

"Satu orang (Muhyiddin) sahaja tidak boleh hendak tangani semua ini, sepatutnya (buat) macam Tun razak dulu dia tubuhkan Majlis Gerakan Negara (Mageran) dia (Tun Razak) ambil orang yang pakar dan penasihat.

"Jadi saya berpendapat bahawa kalau Muhyiddin hendak jadi Perdana Menteri, kita guna penasihat, guna penasihat yang ada pengalaman, bukan hendak jadi (pilih) orang parti (politik) penasihat, tidak guna," katanya.

Beliau berkata demikian pada program ‘Bersama Tun M’ yang dikendalikan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar di Studio F, Kumpulan Karangkraf di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, sikap Muhyiddin yang memilih hanya individu yang menyokong aspirasi politiknya tidak wajar berlaku.

Katanya, Muhyiddin sebelum ini pernah memanggil bekas menteri yang pernah berkhidmat di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) menemui dirinya.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, dalam pertemuan itu, Muhyiddin bertanya sama ada menteri itu menyokong dirinya atau sebaliknya.

"Dia (Muhyiddin) tanya awak (bekas menteri) hendak apa, kamu hendak menteri mana? Orang kata tidak mahu, (lalu) jadi musuh dia," katanya.