X

Kindly register in order to view this article
!

Isu darurat: Permohonan kebenaran semakan kehakiman Anwar didengar 4 Mac

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
A
A

KUALA LUMPUR - Permohonan kebenaran semakan kehakiman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu darurat akan didengar terlebih dahulu sebelum empat persoalan undang-undang berkaitan darurat dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.

Permohonan kebenaran semakan kehakiman itu adalah bagi mencabar tindakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihati Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menggantung persidangan Parlimen dalam tempoh darurat.

Peguam Kanan Persekutuan (SFC), Ahmad Hanir Hambaly berkata, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Mariana Yahya memutuskan untuk mendengar permohonan itu pada 4 Mac ini jam 2.30 petang menerusi prosiding secara dalam talian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pengurusan kes yang berlangsung secara dalam talian yang turut disertai SFC, S Narkunavathy dan peguam yang mewakili Anwar iaitu Ramkarpal Singh dan Sangeet Kaur Deo.

Dalam permohonan difailkan Anwar 25 Januari lepas, beliau memohon deklarasi bahawa keputusan yang diberikan oleh Jemaah Menteri, diketuai Muhyiddin untuk menasihati Al-Sultan Abdullah untuk memasyhurkan Seksyen 14 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang telah mengakibatkan penggantungan Parlimen adalah bertentangan dengan undang-undang, tidak berperlembagaan, tidak sah, tidak mempunyai sebarang kesan dan ultra vires.

Anwar memohon deklarasi bahawa Seksyen 14 Ordinan Darurat itu tidak konsisten dengan Perkara 150 (3) dan (5) Perlembagaan Persekutuan serta tidak berpelembagaan dan tidak sah selain memohon perintah mandamus memerintahkan kedua-dua responden untuk menasihatkan Al-Sultan Abdullah supaya membatalkan Seksyen 14 Ordinan Darurat berkenaan.

Ahli Parlimen Port Dickson itu juga memfailkan permohonan untuk merujuk empat persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan berhubung isu sama (darurat). - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!