Kesilapan besar PH, gagal layan rakyat seperti Najib: Tun M

Dr Mahathir ketika program ‘Bersama Tun M’ yang dikendalikan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar di Studio F, Kumpulan Karangkraf di sini pada Rabu.
Dr Mahathir ketika program ‘Bersama Tun M’ yang dikendalikan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar di Studio F, Kumpulan Karangkraf di sini pada Rabu.
A
A
A
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Kesilapan besar yang dilakukan Pakatan Harapan (PH) ketika masih menjadi kerajaan adalah gagal melayan rakyat seperti dilakukan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, itu antara penyebab PH hanya mampu berkuasa untuk tempoh 22 bulan.

"Kesilapan yang paling besar ialah kita tidak boleh hendak layan rakyat seperti Najib layan.

"Kalau kita cuba kurangkan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), mereka pun kata Datuk Seri Najib lebih baik daripada Dr Mahathir. Dia bagi juga duit kat kita... Dr mahathir bagi apa?" katanya pada program ‘Bersama Tun M’ yang dikendalian Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar di Studio F, Kumpulan Karangkraf di sini pada Rabu.

Menurutnya, disebabkan kegagalan itu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan turut memainkan propaganda untuk menjatuhkan PH.
Artikel Berkaitan:


"Jadi itu menjadi tumpuan mereka adalah yang tuduh kononnya PH ini dikuasai oleh DAP," katanya.

Sedangkan katanya, banyak perkara baik yang telah dilaksanakan ketika PH mengambil pentadbiran negara daripada Barisan Nasional (BN).