Senator Filipina bebas dakwaan kes dadah

Biarpun dibebaskan, Leila De Lima (kanan) masih berdepan dua perbicaraan berkaitan kes dadah. - Agensi
Biarpun dibebaskan, Leila De Lima (kanan) masih berdepan dua perbicaraan berkaitan kes dadah. - Agensi
A
A
A

MANILA - Sebuah mahkamah di Filipina pada Rabu membebaskan seorang Senator yang juga bekas ketua panel hak asasi manusia daripada kes dadah.

Namun dua lagi kes berkaitan dadah membabitkan Leila De Lima masih dalam perbicaraan di Mahkamah Daerah Muntinlupa.

De Lima sebelum ini dituduh menerima wang daripada sindiket dadah berprofil tinggi sebagai pertukaran membolehkan anggota mereka yang dipenjarakan menjalankan perniagaan dalam sel masing-masing.

Susulan itu, beliau dan pembantunya dituduh melanggar undang-undang dadah terutama Seksyen 5 Akta Dadah Berbahaya.

Undang-undang itu melarang penjualan, perdagangan, pentadbiran, pengagihan, penghantaran, pengedaran serta pengangkutan dadah dan boleh dihukum penjara minimum 12 tahun hingga seumur hidup dan denda daripada 500,000 peso hingga 10 juta peso (RM44,192 hingga RM883,855).

Beliau sebelum ini beberapa kali menafikan tuduhan itu yang didakwanya cubaan Duterte untuk menutup mulutnya.

De Lima adalah pengkritik paling lantang kempen memerangi dadah yang diterajui Duterte sejak 2016. - Agensi

Artikel Berkaitan: