Warga asing tawar khidmat seks RM50 ditahan

Sebahagian wanita warga asing yang menawarkan khidmat seks ditahan di sebuah hotel bajet di Jalan Tun Ali, Melaka pada Selasa.
Sebahagian wanita warga asing yang menawarkan khidmat seks ditahan di sebuah hotel bajet di Jalan Tun Ali, Melaka pada Selasa.
A
A
A

MELAKA - Sembilan wanita warga asing yang menawarkan khidmat seks dengan bayaran RM50 selama 15 minit akhirnya ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka menerusi 'Ops Gegar' di Jalan Tun Ali, di sini pada Selasa.

Sindiket yang menyediakan perkhidmatan pelacuran itu berselindung di sebalik hotel murah sekitar bandar Melaka dengan bayaran sewa sebanyak RM1,500 sebulan.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen negeri, Mohd Sharulnizam Ismail berkata, mereka yang ditahan berusia di antara 26 hingga 35 tahun.

Beliau berkata, turut ditahan dua lelaki termasuk seorang warga tempatan yang bekerja sebagai penjaga.

Menurutnya, sindiket yang aktif sejak tahun lalu itu dipercayai beroperasi seawal jam 10 pagi hingga 4 petang.

Katanya, mereka menyasarkan pelanggan terdiri daripada lelaki warga asing dan tempatan.

"Ketika serbuan kesemua wanita warga asing itu cuba melarikan diri tetapi gagal kerana ditahan anggota penguatkuasa.

"Ada juga yang cuba memperdayakan anggota penguat kuasa dengan menyatakan mereka wanita tempatan dan berasal dari Sabah tetapi semakan lanjut mendapati mereka warga Indonesia," katanya di sini pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, siasatan awal mendapati wanita terbabit menerima upah sebanyak RM30 manakala penjaga premis tersebut menerima bayaran RM20 bagi setiap pelanggan.

"Kita juga merampas beberapa set walkie talkie, kondom, buku kerja, telefon bimbit pelbagai jenama, dan wang tunai berjumlah RM1,040 dipercayai hasil daripada aktiviti haram tersebut," katanya.

Sementara itu, Mohd Sharulnizam berkata, dalam operasi berasingan di sebuah kedai Jalan Pulau Gadong, seramai 11 individu warga asing termasuk seorang lelaki ditahan.

Menurutnya, seorang lelaki tempatan yang merupakan penjaga premis turut ditahan.

Beliau berkata, premis yang menjual tambah nilai judi dalam talian itu disyaki menggajikan warga asing yang melanggar syarat pas dan permit dan lain-lain kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) seperti tiada dokumen pengenalan diri dan tinggal lebih masa.

"Kesemua mereka di bawa ke Pusat Kesihatan Daerah untuk ujian saringan Covid -19 sebelum dihantar ke Depot Tahanan Imigresen untuk siasatan lanjut," katanya