Abdul Bari syahid: Mufti Wilayah Persekutuan

Paparan Facebook Mufti Wilayah Persekutuan.
Paparan Facebook Mufti Wilayah Persekutuan.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengorbanan Abdul Bari Asyraf Mohd dalam tragedi lemas ketika cuba menyelamatkan lima mangsa selepas kenderaan pacuan empat roda terjunam di sungai Pulau Warisan Kuala Terengganu meninggalkan kesan mendalam buat seluruh rakyat Malaysia.

Tidak terkecuali, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri menzahirkan rasa takziah kepada keluarga Allahyarham.

Beliau dalam catatan di Facebook menyatakan pengorbanan Allahyarham menyelamatkan lima mangsa itu adalah tindakan mulia dan kategori syahid.

Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksudnya, orang yang mati syahid ada lima kategori.

Mati kerana wabak taun, mati kerana sakit berkaitan perut, mati lemas, mati dihempap runtuhan, dan mati syahid ketika berperang di jalan ALLAH.

Sememangnya tindakan Allahyarham wajar dijadikan contoh dengan akhlaknya terpuji malah Dr Zulkifli turut mencadangkan agar keluarga dan penyelamat lain diberi anugerah kerana keberanian mereka.

Menurut Dr Zulkifli, disebalik musibah itu, ALLAH menyedarkan bahawa negara ini masih

mempunyai anak-anak muda berjiwa besar dan mendoakan lebih ramai akan mencontohi Allahyarham.

Artikel Berkaitan:

"Alhamdulillah di sebalik musibah ini, ALLAH menyedarkan kepada kita bahawa Malaysia masih mempunyai ramai anak-anak muda yang berjiwa besar.

"Kita mendoakan semoga lebih ramai yang akan mencontohi Allahyarham," katanya.

Mayat Abdul Bari ditemukan pada 7.23 pagi semalam pada jarak 2.5 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai lemas.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.45 malam itu, Abdul Bari merupakan enam orang awam yang terjun menyelamatkan lima sekeluarga selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki terjunam di Sungai Terengganu.