Johor salur bantuan awal persekolahan RM20.5 juta

Hasni (tengah) menyerahkan replika cek bantuan awal persekolahan kepada Shaharuddin (kanan) di Pejabat Menteri Besar pada Rabu.
Hasni (tengah) menyerahkan replika cek bantuan awal persekolahan kepada Shaharuddin (kanan) di Pejabat Menteri Besar pada Rabu.
A
A
A

KOTA ISKANDAR - Kerajaan negeri Johor menyalurkan bantuan awal persekolahan berjumlah RM20.5 juta kepada lebih 200,000 pelajar sekolah rendah dan menengah yang layak di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, peruntukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) itu merupakan langkah kerajaan negeri dalam melaksanakan Agenda Johor Berkebajikan yang diumumkan dalam Belanjawan Johor 2021.

"Bantuan 'one-off' sebanyak RM100 akan diberikan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah daripada keluarga berpendapatan antara RM3,000 hingga RM7,000," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Sebelum itu, Hasni menyampaikan replika cek peruntukan tersebut kepada Pengarah JPNJ, Shaharuddin Saari di Pejabat Menteri Besar Johor.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani; Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang dan Pengurus Besar Yayasan Pelajaran Johor (YPJ), Mahadon Marnin.

Dalam pada itu, Shaharuddin mengucapkan terima kasih atas pemberian bantuan tersebut yang sememangnya dapat membantu ibu bapa untuk membeli barangan kelengkapan persekolahan bagi anak-anak mereka.

''Penyaluran bantuan ini akan ditentukan oleh pihak sekolah masing-masing sama ada mahu memanggil ibu bapa untuk mengambil bantuan tersebut secara tunai atau memasukkan ke dalam akaun ibu bapa pelajar,'' katanya.

Artikel Berkaitan: