X

Kindly register in order to view this article
!

Anggota polis kemalangan kejar kereta lari pemeriksaan

Keadaan kereta dinaiki dua anggota polis yang terlibat dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Haji Ahmad Shah-Jalan Tuanku Abdul Halim pada Selasa.
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis dari Cawangan Kereta Peronda (MPV) cedera selepas terlibat kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Haji Ahmad Shah–Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner, Zulkefly Yahya berkata, kemalangan pada jam 10.20 malam itu membabitkan kereta peronda jenis Honda Civic dan Perodua Myvi yang dipandu seorang wanita berusia 26 tahun.

"Kemalangan berlaku semasa kereta peronda yang dinaiki dua anggota polis mengejar sebuah kereta Volkswagen Golf GTi dipandu seorang lelaki yang lari daripada pemeriksaan polis.

"Semasa tiba di lokasi kejadian, kereta peronda terlanggar kereta dipandu wanita itu yang keluar dari kiri jalan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Zulkefly berkata, kemalangan itu mengakibatkan pemandu kereta peronda cedera di tangan kiri, manakala rakannya selamat.

"Pemandu wanita pula turut cedera di bahagian perut dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!