Tiga ditahan curi elektrik lombong Bitcoin

Sebanyak 250 mesin bitcoin dirampas dalam serbuan di empat premis di Bandar Agacia, Kampar pada Selasa. Foto: Ihsan PDRM
Sebanyak 250 mesin bitcoin dirampas dalam serbuan di empat premis di Bandar Agacia, Kampar pada Selasa. Foto: Ihsan PDRM
A
A
A

KAMPAR - Tiga lelaki ditahan selepas disyaki terbabit dalam kegiatan mencuri elektrik bagi tujuan perlombongan mata wang Bitcoin di empat premis di Bandar Agacia, di sini pada Selasa.

Serbuan itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar bersama-sama pegawai dan penguat kuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) kira-kira jam 2 petang.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, polis merampas 250 unit mesin Bitcoin serta beberapa peralatan lain yang digunakan dalam aktiviti terbabit.

“Siasatan lanjut membawa kepada penahanan suspek berusia 19 hingga 32 tahun itu yang terlibat dalam kegiatan mencuri elektrik dan melakukan penyambungan kabel secara haram di kesemua premis tersebut kira-kira jam 8 malam.

“Suspek dipercayai bergerak aktif dalam kegiatan ini di kawasan Kampar, Ipoh dan Batu Gajah sejak September tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Menurutnya, suspek direman selama tiga hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 379/427 Kanun Keseksaan.

“Jumlah sebenar kerugian masih dalam siasatan.

“Jika sabit kesalahan mereka yang terlibat boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya.

Artikel Berkaitan: