KPDNHEP Sabah kompaun 21 pemilik premis

Pegawai KPDHEP Sabah membuat pemantauan di premis perniagaan sepanjang Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina yang dilaksanakan di Sabah.
Pegawai KPDHEP Sabah membuat pemantauan di premis perniagaan sepanjang Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina yang dilaksanakan di Sabah.
A
A
A

KOTA KINABALU - Seramai 21 pemilik premis dikenakan tindakan kompaun manakala dua lagi disiasat selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan sepanjang tempoh Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina dilaksanakan di negeri ini.

Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah, Georgie Abas berkata, sebanyak 1,920 premis diperiksa sejak skim itu dilaksanakan sejak 8 Februari hingga Selasa.

"Dalam tempoh itu, sebanyak 23 kes telah direkodkan oleh KPDNHEP Sabah dengan nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM1,853.20 dan 21 kes dikeluarkan kompaun bernilai RM3,200 manakala dua lagi masih dalam siasatan.

"Majoriti kes yang direkodkan adalah membabitkan kesalahan peniaga tidak mempamerkan tanda harga pada barangan yang dijual iaitu sebanyak 18 kes manakala empat kes lagi kerana menjual melebihi harga maksimum yang ditetapkan dan satu kes kerana gagal menggunakan tanda harga khas berwarna merah jambu terhadap barangan kawalan musim perayaan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Georgie berkata, tiada aduan diterima oleh KPDNHEP Sabah sepanjang tempoh sembilan hari pelaksanaan SHMMP itu.

Artikel Berkaitan: