Strok haba: Pegawai bomba pengsan lepas padam kebakaran

Pegawai Bomba Bantuan, Muhammad Fafzrin Zulkifli dilaporkan pengsan selepas operasi memadam kebakaran di Teluk Bayu, Sungai Petani pada Rabu.
Pegawai Bomba Bantuan, Muhammad Fafzrin Zulkifli dilaporkan pengsan selepas operasi memadam kebakaran di Teluk Bayu, Sungai Petani pada Rabu.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang pegawai bomba pengsan selepas selesai operasi memadam kebakaran di sebuah bengkel kereta dekat Teluk Bayu kira-kira jam 9.40 pagi pada Selasa.

Mangsa, Pegawai Bomba Bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu, Muhammad Fafzrin Zulkifli, 30, dilaporkan tidak sedarkan diri dipercayai mengalami strok haba selepas melakukan tugas memadam kebakaran bersama pasukan di lokasi terbabit.

Pegawai Operasi, Penolong Penguasa Bomba, Muhamad Syukri Hashim berkata, mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) menggunakan Jentera Perubatan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS)," katanya.

"Muhammad Fafzrin dilaporkan telah sedar dan diberikan rawatan di Zon Kuning HSAH," katanya.

Dalam kebakaran terbabit katanya, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 9.46 pagi dan kerja-kerja pemadaman dilakukan dengan kekuatan anggota seramai 24 orang termasuk pegawai dari BBP Tikam Batu dan Sungai Petani.

"Mereka turut dibantu anggota Pasukan Bomba Sukarela Sungai Petani dan Pasukan Bomba Sukarela Bakar Arang. Terdapat lima buah kereta dan dua buah motosikal dilaporkan musnah dalam kebakaran," katanya.

Punca dan kerugian masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan: