Tidak perlu isytihar darurat sama sekali: Tun M

Dr Mahathir (kanan) ketika program ‘Bersama Tun M’ yang dikendalikan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar di Studio F, Kumpulan Karangkraf di sini pada Rabu. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB & ASRIL ASWANDI SHUKOR
Dr Mahathir (kanan) ketika program ‘Bersama Tun M’ yang dikendalikan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar di Studio F, Kumpulan Karangkraf di sini pada Rabu. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB & ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Pengisytiharan darurat untuk mengawal penularan Covid-19 di negara ini tidak perlu sama sekali kerana undang-undang sedia ada mencukupi bagi menangani situasi itu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak nampak sebab perlu ada kuasa lain selain daripada undang-undang sedia ada.

"Saya tidak nampak ada kuasa yang lebih kerana setakat yang saya lihat dan saya tahu kita tidak perlu kepada kuasa yang lebih daripada kuasa yang sudah diperuntukan oleh undang-undang sedia ada (isytihar darurat).

"Kalau kita kaji kita akan dapati bahawa semua tindakan itu mengikut undang-undang. Selepas diisytihar darurat pun tak ada tindakan yang lebih daripada apa diperuntukan oleh undang-undang biasa.

"(Jadi) darurat itu tidak perlu sama sekali," katanya pada program ‘Bersama Tun M’ yang dikendalikan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar di Studio F, Kumpulan Karangkraf di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, apabila kerajaan mengisytiharkan darurat, ia secara tidak langsung menjadikan undang-undang biasa tidak lagi terpakai.

Katanya, disebabkan keputusan yang diambil kerajaan itu, ia menyekat banyak perkara termasuk Parlimen tidak boleh bersidang.

"Jadi tindakan itu bukan sahaja tidak boleh disoal dalam Parlimen dan mahkamah sendiri. Ini bermakna kebebasan, hak rakyat sudah dirampas oleh kerajaan," katanya.

Artikel Berkaitan: