Suami isteri antara 9 ditahan babit sindiket proses, edar ketum

Wan Kamarul Azran menunjukkan daun dan pokok ketum yang dirampas dalam sidang media di IPD Sepang pada Rabu.
Wan Kamarul Azran menunjukkan daun dan pokok ketum yang dirampas dalam sidang media di IPD Sepang pada Rabu.
A
A
A

SEPANG - Pasangan suami isteri warga asing antara sembilan individu yang ditahan dipercayai terlibat dalam sindiket memproses dan mengedar ketum di daerah ini dalam tiga serbuan berasingan di kawasan Putra Perdana dan Sepang pada Isnin.

Polis turut merampas merampas sebanyak 240 kilogram daun ketum, 152 botol cecair dipercayai air ketum, pelbagai peralatan untuk memasak air ketum dan wang tunai berjumlah RM12,325 dengan nilai keseluruhan ialah RM25,000," katanya.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan awal mendapati kegiatan memproses dan pengedaran ketum ini dilakukan di rumah sewa dan bekalan dipercayai diperoleh dari utara negara.

"Polis turut menahan tujuh lelaki warga tempatan. Kesemua suspek yang ditahan berusia antara 30 hingga 45 tahun dan tidak bekerja," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang pada Rabu.

Menurutnya, hasil ujian saringan yang dijalankan mendapati tiga suspek positif dadah selain dua daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

Menurutnya, kesemua suspek ditahan direman untuk siasatan lanjut.

"Lima suspek direman selama empat hari sehingga 20 Februari 2021 dan empat lagi suspek direman sehari untuk siasatan lanjut," katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 30(3)Akta Racun 1952 dan Seksyen 15(1)(A)Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan:

Serbuan dijalankan kira-kira jam 11 malam oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.