X

Kindly register in order to view this article
!

Ringgit diniagakan lebih rendah berbanding dolar AS pagi ini

A
A

SELEPAS mencatatkan kenaikan selama enam hari berturut-turut, pergerakan ringgit bertukar menjadi lemah berbanding dolar AS berikutan kemunculan kegiatan pengambilan untung serta kemerosotan dalam harga minyak mentah.

Pada jam 9.42 pagi, mata wang tempatan menyusut kepada 4.0420/0460 berbanding dolar AS daripada 4.0280/0320 ketika ditutup petang Selasa.

Minyak mentah Brent jatuh kepada AS$62.87 (RM253) dan West Texas Intermediate (WTI) pula merosot kepada AS$59.66 (RM240) setong.

Minyak mentah semalaman Brent hampir mencecah paras tertinggi 13 bulan pada Selasa, meningkat 0.1 peratus kepada AS$63.35 (RM255) setong.

Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama yang lain pada Rabu.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0403/0446 daripada penutupan hari Selasa iaitu 3.0432/0467 dan berbanding euro, ia meningkat kepada 4.8840/8916 daripada 4.8948/9009.

Ringgit turut mengukuh berbanding yen kepada 3.8088/8139 daripada 3.8242/8283 dan lebih tinggi berbanding pound Britain kepada 5.6039/6124 daripada 5.6102/6166 sebelumnya. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!