UMNO, Bersatu, Pas perlu formula baharu

Sivamurugan ketika memberikan pandangan pada program Wacana Sinar Harian Edisi ke-232 bertajuk ‘Tanpa PN, UMNO sebatang kara?’ yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa.
Sivamurugan ketika memberikan pandangan pada program Wacana Sinar Harian Edisi ke-232 bertajuk ‘Tanpa PN, UMNO sebatang kara?’ yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Ketiga-tiga parti dominan Melayu iaitu UMNO, Bersatu dan Pas perlu mencari sebuah bentuk tawaran dan formula baharu sekiranya mahu bergerak ke hadapan dalam kerjasama politik yang dilakukan.

Penganalisis politik daripada Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Sivamurugan Pandian berkata, usaha penyatuan tersebut hanya akan berjaya jika dilakukan melalui perundingan secara tertutup.

“Inisiaitif ataupun intervensi harus dilakukan dengan cara rundingan ataupun musyawarah secara tertutup berbanding perdebatan terbuka yang dilihat membawa kepada permusuhan dalaman yang begitu hebat.

“Ini kerana penyatuan baik UMNO, Pas mahupun Bersatu itu akan menguntungkan ketiga-tiga parti ini dalam pilihan raya akan datang kerana kebergantungan di antara satu sama lain akan membolehkan bilangan kerusi yang lebih besar untuk dimenangi.

“Ia juga boleh membawa kepada kerajaan yang lebih stabil tanpa berada dalam keadaan yang tidak menentu,” katanya pada program Wacana Sinar Harian Edisi ke-232 bertajuk ‘Tanpa PN, UMNO sebatang kara?’ yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa.

Turut menjadi panelis ialah Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan dan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan, manakala Adlynna Hannie Hamid bertindak sebagai moderator.

Edlynna Hanie (kiri) bersama Wan Saiful (tengah) dan Shahril Sufian yang membincangkan tajuk 'Tanpa PN, UMNO sebatang kara?' pada Wacana Sinar Harian Siri ke-232 yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa.
Edlynna Hanie (kiri) bersama Wan Saiful (tengah) dan Shahril Sufian yang membincangkan tajuk 'Tanpa PN, UMNO sebatang kara?' pada Wacana Sinar Harian Siri ke-232 yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa.

Mengulas lanjut, Sivamurugan bagaimanapun berkata, kejayaan usaha tersebut terletak kepada sejauh mana ketiga-tiga parti itu untuk mengetepikam perbezaan yang dilihat semakin meningkat antara mereka.

Artikel Berkaitan:

“Apakah akan wujud iltizam ataupun kesediaan antara mereka untuk menggarap nilai-nilai tertentu yang boleh membawa kepada penyatuan sedangkan ketika ini apa yang banyak diperkatakan adalah mengenai keretakan antara mereka.

“Pertentangan antara ketiga parti tersebut boleh dilihat baik di dalam Muafakat Nasional mahupun PN. Apa yang seharusnya diperkatakan adalah mengenai bagaimana parti masing-masing boleh saling melengkapi antara satu sama lain,” katanya.

Sivamurugan berkata, perpecahan orang Melayu akibat daripada kewujudan pelbagai parti politik yang ditubuhkan bagi mewakili kaum tersebut adalah sesuatu yang merugikan buat negara.

Beliau berkata, penyatuan ketiga-tiga parti tersebut merupakan persoalan penting yang perlu diambil kira dalam konteks Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan datang kerana kesannya yang agak besar kepada kestabilan politik negara.

“Jadi dalam kedudukan seperti itulah saya melihat jika UMNO keluar daripada PN, kesannya agak besar. Begitu juga dengan Bersatu, tanpa UMNO, saya rasakan kerajaan akan roboh.

“Ini kerana sebahagian besar pemimpin UMNO juga telah memainkan peranan apabila penubuhan kerajaan pada Mac 2020 dan saya percaya ketika itu ia dilakukan berdasarkan kepada rasa untuk pembentukan kerajaan yang stabil,” katanya.;