Terjun perigi selepas bakar diri

Lelaki yang terjun perigi bertindak agresif setelah dibawa naik namun dapat ditenangkan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Lelaki yang terjun perigi bertindak agresif setelah dibawa naik namun dapat ditenangkan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
A
A
A

MACHANG - Seorang lelaki yang terjun ke dalam perigi sedalam tiga meter selepas membakar diri berjaya diselamatkan anggota bomba di Kampung Hutan Rebana, di sini malam Selasa.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, lelaki berusia 43 tahun yang dipercayai mengalami masalah mental pada awalnya didapati membakar diri dan terjun ke dalam perigi dalam keadaan badan yang melecur.

Menyedari keadaan tersebut, keluarga mangsa terus menghubungi pihak bomba bagi membantu mengeluarkan mangsa yang bertindak agresif.

Lelaki yang terjun ke dalam perigi hampir keletihan selepas 45 minit dipujuk anggota bomba untuk naik ke atas di Kampung Hutan Rebana, Machang pada malam Selasa.
Lelaki yang terjun ke dalam perigi hampir keletihan selepas 45 minit dipujuk anggota bomba untuk naik ke atas di Kampung Hutan Rebana, Machang pada malam Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Machang, Nik Ahmad Afsham Nik Pa ketika dihubungi berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati lelaki tersebut berada di dalam perigi dan kelihatan agak tertekan.

"Kami cuba pujuk untuk minta dia naik. Dia agak berkeras dan agresif serta nampak keadaannya yang sakit sebab menahan pedih melecur di badan," katanya.

Beliau berkata, selepas 45 minit memujuk, akhirnya mangsa berjaya dikeluarkan dari perigi dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan: