35 penghuni sehelai sepinggang rumah panjang terbakar

A
A

KOTA KINABALU - Seramai 35 penghuni daripada sembilan keluarga sebuah rumah panjang di Kampung Hobut, Matunggong, Kudat, tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sabah, kebakaran itu melibatkan sebuah blok rumah panjang tujuh pintu jenis separuh kekal.

Kenyataan itu menyebut pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.45 petang sebelum sepasukan anggota dengan dua jentera dan utiliti dari Balai Bomba Penyelamat Kudat bergegas ke lokasi kejadian yang terletak 41 kilometer dari Kudat.

Tiada kecederaan mahupun kematian dilaporkan dan operasi terkawal pada jam 7.16 malam, menurut kenyataan tersebut. - Bernama


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia