Kakak Raja Thai tak boleh bertanding

Pencalonan Puteri Ubolratana ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya.
Pencalonan Puteri Ubolratana ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya.
A
A
A

BANGKOK - THAILAND. Panel pilihan raya Thailand pada Isnin menolak pencalonan kakak Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn untuk bertanding jawatan perdana menteri.

Keputusan itu dibuat selepas Suruhanjaya Pilihan Raya mengeluarkan secara rasmi senarai calon parti untuk merebut jawatan itu tanpa memasukkan nama Puteri Ubolratana Rajakanya Sirivadhana Barnavadi, 67.

"Pencalonan beliau dikecualikan kerana setiap ahli keluarga diraja berada di bawah peraturan sama yang menetapkan mereka tidak boleh menceburi bidang politik dan berpendirian neutral dalam politik," kata panel itu dalam satu kenyataan.

Puteri Ubolratana telah menerima pencalonan Parti Thai Raksa Chart sebuah gerakan populis yang mempunyai kaitan dengan bekas perdana menteri, Thaksin Shinawatra. - Reuters

Artikel Berkaitan: