Simpan pagar tol dalam stor?

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan harapan rakyat untuk menikmati tol dihapuskan semakin kelam.

Beliau sempat berseloroh kerajaan tidak akan melakukan pembaziran dengan menyimpan pagar tol di stor.

“Nampaknya harapan rakyat untuk tol dimansuhkan seperti dijanji dalam manfiesto PH menjadi lebih muram.

“Tak kan mahu simpan beratus-ratus pagar tol yang sedia ada sekarang di dalam stor sahaja? Membazir sangat itu,” katanya di Facebook, hari ini.

Sebelumnya, beliau turut menyentuh soal laporan berita yang melaporkan Naib Presiden Amanah, Hasanuddin Yunus mempertahankan kenyataannya bahawa kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) demi kepentingan negara.

Najib berkata, beliau kini faham tujuan PH membuat pusingan U terhadap pemasangan AES di seluruh negara dan menganggap persoalan berhubung perkara itu terjawab.

“Rupa-rupanya mereka tidak mahu kamera AES yang dibeli semasa kerajaan BN disimpan di dalam stor sahaja dan menjadi satu pembaziran.

“Bagaimana pula dengan rancangan kerajaan PH untuk membeli dan menambah lagi kamera AES?,” tanyanya.

Artikel Berkaitan:

Hasanuddin sebelum ini dikritik pihak tertentu susulan kenyataan bahawa pemasangan AES itu menepati maqasid syariah dan hari ini menegaskan perkara yang baik dilakukan BN wajar diterus.

“Apa yang kerajaan dulu yang baik kami tak akan buang. Takkan alat-alat yang dah dibeli dulu kita nak simpan dalam stor, kita nak buang?

“Kami telah proses, melihat balik dan ia boleh dimanfaatkan. Itu boleh diguna untuk kepentingan negara. Ada orang marah, dulu cakap lain sekarang cakap lain. Kami cakap ‘here and now’,” katanya.