PDRM masih teruskan 550 SJR di seluruh negara

Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih meneruskan 550 sekatan jalan raya di seluruh negara, meskipun kerajaan memansuhkan pergerakan melebihi radius 10 kilometer.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih meneruskan 550 sekatan jalan raya di seluruh negara, meskipun kerajaan memansuhkan pergerakan melebihi radius 10 kilometer.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih meneruskan 550 sekatan jalan raya di seluruh negara, meskipun kerajaan memansuhkan pergerakan melebihi radius 10 kilometer.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, sebanyak 276 SJR didirikan di kawasan persempadanan daerah di seluruh negara manakala 274 SJR lagi didirikan di lokasi persempadanan negeri dan Operasi Benteng (Ops Benteng).

"Meskipun orang ramai bebas bergerak lebih 10 kilometer, namun mereka masih tidak mempunyai kebenaran untuk merentas daerah atau negeri," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Acryl Sani berkata, pihaknya akan memberi tumpuan kepada faktor pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Kita masih lagi meneruskan pemantauan terhadap pematuhan ini selain pergerakan yang masih menetapkan dua individu sahaja dalam satu kenderaan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)," katanya.

Beliau berkata, penugasan penguatkuasaan oleh polis sebenarnya bukan untuk menyusahkan orang ramai namun bertujuan memastikan penularan Covid-19 dapat diputuskan.

"Kita juga mahu memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa dijaga," katanya.

Artikel Berkaitan: