ATM rampas rokok seludup bernilai RM442,200

Rokok pelbagai jenama yang berjaya dirampas dalam Ops Merpati di sekitar Punggai dan Batu Layar pada Selasa.
Rokok pelbagai jenama yang berjaya dirampas dalam Ops Merpati di sekitar Punggai dan Batu Layar pada Selasa.
A
A
A

KOTA TINGGI - Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merampas 2,948 karton rokok pelbagai jenama dalam Ops Merpati di sekitar Punggai dan Batu Layar, di sini pada Selasa.

Markas berkenaan dalam satu kenyataan memaklumkan, rampasan bernilai RM442,200 itu ditemukan pada jam 11.20 pagi oleh pasukan rondaannya yang melalui satu lorong mencurigakan di kawasan terbabit.

"Pasukan rondaan itu menemukan beberapa longgokan rokok tidak bercukai melibatkan 50 bungkusan plastik hitam yang ditutup dengan kanvas berwarna biru.

"Pemeriksaan mendapati terdapat rokok berjenama Red Black sebanyak 2,837 karton, Luffman (34 karton) dan 23 Vinte E Tress (77 karton)," kata kenyataan tersebut pada Selasa.

Menurut kenyataan itu lagi, kesemua barangan rampasan disahkan sebagai barangan seludup secara haram yang dibawa masuk dari Indonesia.

Artikel Berkaitan:


Katanya, lokasi penemuan rokok pelbagai jenama itu dipercayai tempat simpanan sementara sebelum dibawa masuk ke pasaran Malaysia.

"Kesemua barangan rampasan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk tindakan selanjutnya," jelas kenyataan itu.

Pihaknya memaklumkan satu laporan sudah dibuat di Balai Polis Bayu Damai