Indonesia masuki fasa kedua proses vaksinasi Covid-19

Bermula Rabu, Indonesia akan melaksanakan fasa kedua proses vaksinasi Covid-19 untuk pekerja ‘publik’ yang melibatkan sasaran 38.5 juta orang, termasuk golongan warga emas di republik berkenaan.
Bermula Rabu, Indonesia akan melaksanakan fasa kedua proses vaksinasi Covid-19 untuk pekerja ‘publik’ yang melibatkan sasaran 38.5 juta orang, termasuk golongan warga emas di republik berkenaan.
A
A
A

JAKARTA - Bermula Rabu, Indonesia akan melaksanakan fasa kedua proses vaksinasi Covid-19 untuk pekerja ‘publik’ yang melibatkan sasaran 38.5 juta orang, termasuk golongan warga emas di republik berkenaan.

Pekerja publik itu terdiri daripada golongan pendidik, peniaga pasar, tokoh agama, wakil rakyat, pegawai pemerintah, tentera, polis, pengawal keselamatan, pemadam (bomba), pekerja berkaitan industri pengangkutan awam, atlet sukan, wartawan dan pekerja sektor pelancongan (kakitangan hotel, restoran dan pusat pelancongan).

Indonesia sebelum ini melaksanakan fasa pertama vaksinasi menggunakan vaksin Sinovac dari China bermula 13 Januari lepas, memfokuskan suntikan vaksin kepada petugas kesihatan, selain kepimpinan utama negara, yang kemudiannya suntikan itu turut diberikan kepada warga emas bermula 8 Februari lepas.

Menurut kenyataan Biro Komunikasi dan Pelayanan Masyarakat, Kementerian Kesihatan Indonesia, bagi fasa kedua itu yang mensasarkan 38.5 juta orang itu dijangka selesai pada Mei 2021, melibatkan lebih 16.9 juta pekerja publik dan lebih 21.5 juta warga emas.

Indonesia sebelum ini menyasarkan suntikan vaksin Covid-19 kepada lebih 182 juta penduduk republik itu, yang dijangka selesai sepenuhnya sebelum berakhir 2021.

Berdasarkan data yang disiarkan Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) di laman Twitter rasminya, @BNPB_Indonesia pada Isnin, sebanyak 1,096,095 orang telah menerima suntikan vaksin pertama, manakala 482,685 orang telah menerima suntikan kedua.

Setakat Isnin, kes positif Covid-19 di Indonesia berjumlah 1,223,930 orang, dengan 1,032,065 pesakit sembuh, manakala jumlah kematian akibat virus itu kini meningkat kepada 33,367 orang. - Bernama

Artikel Berkaitan: