Najib dakwa kes Covid-19 turun kerana jumlah saringan dikurangkan

Najib mendakwa kes harian Covid-19 di negara ini menurun sejak minggu lepas kerana pengurangan jumlah saringan oleh KKM.
Najib mendakwa kes harian Covid-19 di negara ini menurun sejak minggu lepas kerana pengurangan jumlah saringan oleh KKM.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa kes harian Covid-19 di negara ini menurun sejak minggu lepas kerana pengurangan jumlah saringan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut Najib, ramai masih tertanya-tanya kenapa jumlah kes positif turun begitu ketara tetapi jumlah kluster baharu dikesan setiap hari tetap tinggi.

“KKM perlu memberi data bagi jumlah saringan dibuat serta kadar positif terkini apabila mengumumkan jumlah kes positif setiap hari,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Pada Isnin, Malaysia merekodkan penurunan kes baharu jangkitan Covid-19 dengan mencatatkan 2,176 kes positif.

Sementara itu, Najib berkata, beliau menerima maklumat bahawa jumlah saringan Covid-19 setiap hari dibuat KKM telah menurun sejak minggu lepas dan mengakibatkan jumlah kes positif yang dilaporkan turut berkurangan.

"Pengurangan saringan tersebut menimbulkan pertanyaan adakah KKM tidak lagi akan saring semua kontak rapat kes positif.

“Sebaliknya, hanya kontak rapat yang menunjukkan gejala sahaja akan disaring dan sekitar 80 peratus yang positif tidak menunjukkan sebarang gejala,” katanya.

Artikel Berkaitan: